
anniesetfah
5 tahun
Haid datang sikit tapi lama
Selamat petang… Saya wanita 30an sudah berkahwin dan mempunyai 2 anak… Saya mahu bertanya kenapa haid saya tiba- tiba berubah jadi tak normal… Bulan ni haid datang terlalu sikit dan dan sudah 5 hari tetap tak berubah!!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan:
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas.
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, iaitu lapisan tisu dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer)
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Kebanyakan kes perdarahan haid berpanjangan tidak ditemui puncanya. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera. Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal serta ujian seperti ujian darah dan imbasan ultrasound untuk mencari punca perdarahan berpanjangan. Rujukan kepada pakar ginekologi akan diberi jika perlu.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.