
Sulit
4 tahun
Haid keluar lebih 8 hari
Saya wanita berumur 30 tahun dan telah berkahwin. Selalunya, tempoh haid saya keluar hanya 7 hari, namun bulan ini hari ke-8, haid saya masih keluar dalam kuantiti yang sedikit dan belum berhenti. Adakah ia normal atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan mengenai gejala haid yang masih terkeluar pada hari lebih daripada yang biasa.
Untuk makluman anda, perkara ini mungkin hanyalah perkara yang normal dan ia boleh dipengaruhi oleh hormon wanita anda. Namun, masalah ini boleh menjadi serius sekiranya anda menghadapinya dengan kerap dan berpanjangan serta mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Senggugut yang terlalu sakit
- Pendarahan yang terlalu banyak atau berketul
- Gangguan pembuangan air kecil
- Sakit atau rasa pedih pada kawasan vagina
- Sakit pada kawasan rahim
- Simptom umum seperti demam, berpeluh malam, keletihan dan tidak bermaya.
- Haid yang tidak teratur
- Pengeluaran lendir dari kelamin selain warna keputihan
- Masalah mudah lebam pada bahagian tangan atau kaki.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa masalah kebocoran atau tidak teratur.
Kami sarankan anda untuk membuat yang demikian bagi mendapatkan kitaran haid yang sihat:
- Banyakkan makanan berfiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
- Kurangkan minum alkohol atau merokok
- Amalkan senaman yang sihat dan seimbang
- Kurangkan stress dan mendapatkan tidur yang mencukupi.
- Jaga kebersihan pada kawasan alat sulit anda.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.