
zainariah.ab
6 tahun
Haid ketika pra menopos
Saya berumur 52 tahun,kitaran haid saya telah berubah menjadi lebih singkat sekitar 20 hari Dan masa haid juga menjadi lebih panjang sekitar 20 hari bermula sedikit sahaja dlm warna brownish, kemudian darah yg banyak dan berkurangan sblm berhenti. Saya hendak tahu adakah darah begini dikira sebagai darah haid atau sebensrnya darah penyakit adakah sesuatu yang saya perlu risaukan, Kitaran ini telah berlanjutan semenjak 4 bulan yang lalu, terimakasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kitaran haid boleh berubah disebabkan pelbagai perkara. Namun begitu, keterangan yang anda berikan tentang masalah haid anda adalah kurang jelas. Kitaran haid dikira bermula dari hari pertama keluar darah haid hingga hari sebelum haid pada kitaran seterusnya. Tempoh kitaran haid normal adalah 21-35 hari dan tempoh normal haid adalah antara 2-7 hari.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.