janfytria8510
6 tahun
Haid kurang teratur dan sakit
Saya wanita berunur 28 tahun. Beberapa tahun lepas, haid saya teratur tetapi biasanya mengalami migrain dan senggugut yang agak teruk. Namun sejak akhir tahun lepas, haid saya akan sentiasa delay seminggu ke dua minggu (berdasarkan app kalendar kesihatan) dan senggugut serta migrain kurang, tetapi badan dan sendi akan sakit sehingga menganggu rutin kerja. Selain itu, haid terakhir saya adalah pada 28 mei dan berakhir pada 3 jun 2019. Namun pada 7 jun 2019, haid saya datang lagi. Adakah ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.


























