
Sulit
3 tahun
Haid lama hampir 4month
Doctor boleh saya tahu kenapa period saya lamaa hampir 4 month and kadang darah keluar sedikin dan kadang2 darah keluar banyak . And beketul sebesar ibu jari . Saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah haid yang lama hampir 4 bulan diikuti dengan gejala darah yang keluar secara sedikit, banyak dan darah berketul. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan ataupun stres
- Gaya hidup aktif
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- PCOS
- Masalah pembekuan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor