
Sulit
5 tahun
Haid lambat 2 bulan, ujian upt negatif dan kesan ubat duphaston
Saya berusia 30 tahun dan telah berkahwin selama 1 tahun setengah. Sebelum dan selepas kahwin kitaran haid saya teratur, tetapi sekarang haid saya sudah 2 bulan tidak datang, saya ada buat ujian upt dan keputusan negatif. Jadi saya berjumpa doktor untuk mengetahui lebih detail. Saya juga ada membuat ultrasound scan dan tidak mengandung. Doktor ada memberi ubat hormon (Duphaston) tetapi saya dalam dilema untuk makan ubat tersebut kerana saya juga ada intercourse dengan suami. Adakah pengambilan ubat tersebut tidak memberi kesan kepada kehamilan. Atau memang mustahil akan hamil dalam jangka masa ini sekiranya kedua-dua keputusan negatif.
Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas dari sudut timeline kejadian perkara. Sekiranya anda masih curiga hamil, mungkin membantu untuk mengetahui bahawa sejauh ini, tidak ada bukti bahawa mengambil Duphaston semasa kehamilan adalah berbahaya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.