Anonymous
6 tahun
Haid lebih 15 hari untuk kali pertama
hi, saya berumur 35 tahun, pada 26/5 saya telah datang haid, tp haid datang sedikit,warna darah coklat dan tidak memerlukan saya memakai pad spnjg 1 mggu tsbt. Pada 1-3 Jun, haid heavy flow dan keesokan nya masih dtg haid cm sedikit…Pada 5/6 telah habis haid, menjelang mlm tu sy dapati haid dtg blk ( warna darah merah) tp tidak perlu pakai pad dan smpi hari ini ia masih berlarutan.sepanjang haid saya tidak ada rasa sakit.Untuk pengetahuan doktor, haid sy mmg tidak teratur dan ini kali pertama sy mengalami keadaan spt ini.bole saya tahu ape masalah ny? TQ
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























