
wanhidayatul91
5 tahun
Haid lepas bersalin normal
Doctor, saya nak tanya hari nie hari ke 31 saya bersalin… Dan nifas saya bersih pada hari ke 23… Dan sekarang hari ke 31 keluar darah tp sikit²… Adakah tu darah haid saya… Dan saya dah pom suntik depo pada hari ke 22 bersalin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan puan, kebanyakan wanita akan mengalami tempoh nifas selama 6 minggu atau kurang. Setelah itu, tubuh akan kembali ke keadaan biasa (sebelum hamil) dan pada kondisi ini anda dikatakan siap untuk hamil lagi. Justeru, kemungkinan itu adalah darah haid dan anda boleh mulai berencana untuk mengambil pil perancang.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.