
Sulit
3 tahun
Haid lewat Dan sedikit
Saya wanita 36 tahun … sblm ini kitar haid sy teratur 27-28 Hari… Bermula bulan Lps haid sy awal seminggu 22 Hari kitar… Dan bulan ini lewat seminggu lebih kurg 37 Hari kitar… Hr ni hr ke-3 Dan darah haid yg keluar sedikit sgt… adakah kemungkinan says alami pcos

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan puan, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah haid tidak teratur dan spotting (pendarahan antara haid) yang sedang dialami. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat pelbagai punca masalah haid tidak teratur, antaranya adalah:
- Masalah hormon yang tidak stabil disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti masalah berat badan, emosi/tekanan, terlalu banyak bersenam atau masalah pemakanan.
- Kesan sampingan ubat perancang kehamilan
Sesetengah punca haid tidak teratur adalah lebih serius, seperti:
- Masalah hormon tiroid
- Masalah keradangan pelvis
- Sindrom Polysistik Ovari
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.