
Sulit
5 tahun
Haid lewat selepas bersalin
Saya mempunyai bayi berumur 7 bulan dan telah lewat period 10hari.selepas bersalin baru sekali period datang.adakah wajar saya mengambil ubat untuk period atau tidak dan jika perlu ubat ape yang sesuai,terima kasih dic

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, kitaran haid bagi sesetengah wanita mengambil sedikit masa untuk kembali normal selepas bersalin. Bagi wanita menyusukan anak, meraka boleh tidak datang haid sehingga 6 bulan selepas melahirkan anak.
Punca lain haid yang lewat adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.