Anonymous
6 tahun
Haid lewat tetapi upt negatif
Hai dr , sy wanita berumur 23 tahun menghidap PCOS dan sedang menjalani rawatan dengan mengambil Dusphaton 10mg 2 biji sehari . Pada bulan2 sebelumnya selepas mengambil ubat dan bila berhenti pada hari ke 21 pengambilan ubat haid saya akan datang . Tetapi pada bulan Jun (6) haid saya tidak datang pada hari sepatutnya walaupun telah berhenti ambil ubat selama 7hari . Dan sambung makan ubat kembali selepas 7 hari bermula 29/6 . Adakah saya hamil atau ada sakit lain . Tapi upt saya negatif
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda tidak perlu risau sebenarnya. Para wanita boleh mengalami haid yang tidak teratur sebagai salah satu kesan sampingan. Lagipun, cik baru mula mengambil pil tersebut untuk PCOS anda. Badan anda mungkin memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dan dos kemungkinan masih memerlukan penyelerasan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


























