
Anonymous
6 tahun
Haid pendarahan 2 hari
Saya berumur 28 tahun dan baru berkahwin 3 bulan lepas. Cycle period saya teratur. Cycle length saya 25 hari. Selalu haid saya selama 5 hari. Tetapi kali ini hanya 2 hari. Terasa mual tetapi tidak muntah, sakit perut, pening kepala (kemungkinan darah tinggi), perubahan pada perut (buncit sedikit). Adakah saya hamil atau cuma stress sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, tempoh haid boleh berlangsung dalam 2-7 hari. Oleh itu tempoh tersebut adalah normal. Perubahan tempoh tersebut boleh disebabkan oleh stress dan perubahan jadual harian.
Pendarahan kehamilan biasanya adalah sedikit dan dipanggil spotting. Namun untuk mendapatkan kepastian, anda boleh menjalankan ujian kehamilan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.