
Anonymous
6 tahun
Haid perpanjangan dan banyak
Saya wanita berumur 46 tahun selalu mengalami kitaran haid yg tidak normal.Sekarang ni saya sedang yang bayak dan berketul seperti hati ayam.sudah masuk hari ke 21 tapi tiada tanda2 nak berhenti.aaaya selalu buat pemeriksaan darah…tiada tyroid,fibroid,saiz rahim besar.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid berpanjangan. Antaranya ialah:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat ubatan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih