
syaza7997
4 tahun
Haid putus putus sebab masalah hormon?
Saya wanita awal 20’an dan sebelum ini kitaran haid setiap bulan normal 6-7 hari. Tetapi sejak bulan Ogos ini, kitaran haid saya berubah. Darah haid hanya akan keluar sedikit sahaja sekali ketika membuang air kecil/besar tetapi selepas itu darah tidak keluar lagi untuk beberapa hari. Dan darah akan keluar semula untuk 3-5 hari secara berterusan. Kerana saya tidak ada rasa apa-apa sakit pun di bahagian perut atau rahim, adakah ini disebabkan perubahan/masalah hormon yang membuatkan kitaran haid saya berubah? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kondisi yang anda alami adalah satu kebiasaan ketika proses haid kerana lapisan endometrium (iaitu darah haid yang keluar) kadang-kala tidak keluar sepenuhnya untuk hari pertama atau kedua haid atas faktor ketebalan lapisan endometrium sebelumnya (mungkin hormon kitaran sebelumnya sedikit tinggi). Namun jika perkara ini tidak mendatangkan kesan kesihatan kepada anda, ianya tidak mempunyai apa-apa implikasi kerana ia adalah perubahan hormon yang normal. Sekian