
Sulit
4 tahun
Haid saya tidak teratur. apakah tanda period?
haid saya tidak teratur. saya mengalami sakit perut yang tidak selesa ibarat masuk angin dan bahagian bawah perut saya cramp dibahagian tengah. pinggang saya sakit. saya mengalami sakit ini selepas memakan pil sunolut selama 5 hari. adakah ini tanda saya period ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur dan. Berdasarkan kenyataan yang anda berikan, ubat yang anda ambil itu merupakan salah satu pil perancang yang mengandungi hormon norethisterone. Berikut merupakan antara kesan sampingan pil perancang yang mengandungi hormon norethisterone:
- Pendarahan atau spotting
- Perubahan mood
- Kenaikan berat badan
- Reaksi alahan seperti ruam
- Loya
- Pening kepala
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya gejala ini berlarutan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan untuk mengenal punca masalah anda dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.