
Anonymous
5 tahun
Haid sebelum waktunya, sedikit dan lama
Saya isteri berumur 37 sebelum ini mengalami kitaran haid yg normal. Melainkan waktu saya melakukan kerja sedikit berat dari rutin, saya akan mgalami haid sebelum waktu tetapi tidak lama (1-2 hari). Tetapi kali ini ia berlaku agak lama (2 minggu) dan mengelirukan saya samada itu haid atau istihadah. Keadaannnya juga kdg sedikit, kdg bnyak. Pada awalnya saya rasa biasa sebab saya aktif dari biasa. Tetapi keadaanya yg terlampau lama itu merisaukan dan mengelirukan saya untuk melakukan ibadah dan bersama suami. Buat pengetahuan doktor, haid saya kerap tidak teratur pada bulan puasa seperti sekarang, tetapi tidak lama. Ciri2 darah itu sama seperti haid dari segi warnanya, cuma tidak berbau kuat dan sangat sedikit berbanding haid. Bantu saya doktor. Apakah yang berlaku kepada saya sebenarnya? Adakah ianya serius?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah haid tidak teratur dan sedikit. Masalah ini boleh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon atau masalah pada struktur organ seperti faraj, cerviks dan rahim.
Antara puncanya adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, anda amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian secara percuma. Terima kasih.