Sulit
4 tahun
Haid secara sikit dan berselang seli
Saya mengalami datang darah haid yg berselang seli dan membuat saya rasa resah,susah hati,kekeliruan…boleh doktor terangkan tak sebb ape terjadi
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Haid tidak teratur biasanya disebabkan oleh gangguan hormon dalam badan. Untuk wanita yang baru akil baligh, ia akan mengambil masa untuk mendapatkan kitaran haid secara teratur. Bagi wanita berusia lanjut, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh menopause.
Selain itu, terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu kitaran haid anda, iaitu :
- Gangguan tekanan
- Berat badan berlebihana atau berkurangan
- Aktiviti fizikal berat
- Penggunaan ubat perancang
- Masalah tiroid
- PCOS
- Sista ovari
- Fibroid
- Ketumbuhan pada rahim atau serviks
Kami memahami keresahan anda. Sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor pakar sakit puan supaya dapat mengetahui puncanya dan seterusnya mendapatkan rawatan. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian dengan doktor pakar sakit puan kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan



























