farahzura89
7 tahun
Haid sedikit,lama dan tidak teraturhaid
doktor saya farah umur 30thn sudah berkahwin tetapi belum mempunyai cahaya mata. berat saya 69kg dan tinggi saya 162cm. saya nak tanya baru2 ini haid saya keluar pada 30.04.2019 tapi darah yang keluar hanya sedikit.haid saya berlanjutan sehingga 17.05.2019 baru behenti. Tetapi pada hari ini 21.05.2019 haid saya keluar semula.kenapa ya doktor haid saya begini dan haid saya memang tidak teratur dari mula lagi. adakah ini disebabkan oleh berat badan saya yang terlebih?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami simptom yang dipanggil oligomenorrhea atau amenorrhea. Terdapat beberapa penyebab masalah ini, antaranya:
- Masalah hormon tidak stabil akibat keletihan, jadual yang padat atau bergiat terlalu aktif dalam sukan dan stress
- Masalah berat badan juga boleh mengganggu keseimbangan hormon
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah struktur ovari, rahim atau cerviks seperti polycystic ovari
Daripada keterangan yang anda berikan, terdapat kemungkinan masalah ini berkait dengan cyst tersebut. Namun kemungkinan punca lain perlu juga dipastikan. Untuk makluman anda, ujian pap smear biasanya dilakukan bagi mengesan masalah pada serviks, ujian lain perlu dilakukan bagi menegsan masalah lain dalam rahim.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























