
Anonymous
6 tahun
Haid selama 2 minggu
Saya wanita berusia 24 tahun, mengalami period selama 2 minggu, sejak 4 Mac 2019, sehingga hari ni 18 Mac, masih ada darah. Tapi, bukan banyak secara berterusan. 7 hari pertama banyak dan 7 hari seterusnya mula berkurangan. Sebelum ini, pernah beberapa kali, kena ‘spotting’ in between periods. Memang period saya tidak teratur. Telah cuba jamu asam kunyit, tapi haid masih tidak lancar. Saya mula datang bulan sejak usia 10 tahun. Selalu kena sakit senggugut, sangat pedih menyucuk2. Kadangkala, alami cirit-birit semasa datang bulan. Perut pula, mudah kembung, masuk angin, menyebabkan sakit perut dan gastrik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur yang anda alami boleh dirawat. Namun, pemeriksaan dan ujian berkaitan adalah diperlukan bagi mengenal pasti punca masalah tersebut agar rawatan yang tepat dapat diberikan.
Anda tidak disarankan untuk mengambil sebarang jamu atau produk yang tidak pasti sumber, keberkesanan dan kesan sampingannya kerana boleh membahayakan kesihatan anda.
Sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.