
Sulit
3 tahun
Haid selang beberapa bulan Dan lebih dari 15 hari
sya umur 14thn…Dan sebelum ni haid sya seperti tidak teratur…saya dtg haid selang 2-3 bulan baru didatangi haid…ketika saya haid ianya biasa 7 hari…Dan bulan ini sye haid sudah lebih 15 hari…mcm mne tu ye?

3 tahun
Selamat sejahtera kerana mengemukakan soalan.
Kami memahami bahawa anda mempunyai kitaran haid yang tidak menentu.
Kami sedia membantu dan harap jawapan yang diberikan mengurangkan kerisauan anda.
Ianya normal untuk kitaran haid yang tidak teratur bagi seseorang yang baru sahaja mendapat haid bagi beberapa tahun awal.
Namun yang demikian, haid tidak teratur biasanya berlaku apabila terdapat pencelaruan hormon. Hal ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.
Antaranya :
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Kami memahami kerisauan anda. Oleh itu, saranan kami bagi anda adalah untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk siasatan lebih lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, harap jawapan ini membantu anda.