
Sulit
4 tahun
Haid selepas 7 bulan bersalin
Salam,
sy wanita berumur 26 tahun.Baru shj melahirkan anak pertama 7 bulan lepas,setelah 8 tahun menunggu.
Soalan sy dr,sy baru shj datang haid yg pertama selepas melahirkan pada 1/11 lalu selama 9 hari,aliran haid tidak terlalu byk dan tidak terlalu sedikit 1-2 pad sehari.berserta dgn period pain seperti sebelum melahirkan.
Tetapi,harini 27/11 sy datang haid lagi yd jadi persoalannya dr,kali ni darah keluar lebib byk berserta ketulan2 clots kecik dan besar,darah terus berwarna merah tidak spt sblom ni haid sy sama mcm sebelum bersalin spotting brownish dlu lpstu bru flow jd heavy… tapi sy tidak merasa sakit hanya sedikit shj period cramp dirasai.drh berwarna gelap dan merah terang.
sy khuatiri adakah sy keguguran? atau sememangnya hanya haid shj?
sy bersalin secara normal tanpa komplikasi dan masa mengandung juga tiada komplikasi dan masalah kesihatan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda,
Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan seperti:
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami gejala seperti:
- ingin pengsan
- degupan jantung lemah
- keletihan
- sukar bernafas
- tangan dan kaki menjadi sejuk
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!