nikeetasarah
6 tahun
Haid selepas post natal
saya wanita berusia 27 tahun.bersalin anak pertama 9/4/19.bulan 5 telah haid selama 2 hari.bulan 6 telah haid pada 30/6/19 dan hari pertama haid tersebut sya telah mengambil pil perancang yasmin smpai sekarang.tetapi,haid saya smpai sekarang blm berhenti iaitu dari 30/6/19 -16/7/19.pad 1/4 soaked.adakah itu disebabkan pengambilan yasmin.adakah sya perlu berhenti mengambil yasmin?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, pil perancang kehamilan yasmin merupakan sejenis pil perancang jenis kombinasi. Pil ini boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan terhadap pengambilnya, antaranya:
- Mual, muntah
- Sakit kepala
- Kembung perut
- Sakit perut
- Perubahan berat badan
- Sakit payudara
- Perubahan terhadap kitaran haid seperti haid yang berpanjangan, haid lewat, tidak teratur atau spotting antara haid.
Bagi mengatasi masalah anda, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor bagi mendapatkan saranan tentang alternatif yang anda boleh dapatkan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































