
Anonymous
5 tahun
Haid selepas postinor2
saya sudah consumes postinor2 . kemudian 4 hari selepasnya saya datang haid selama 7 hari . tapi kenapa saya masih sakit perut adakah sebab sembelit atau effect ubat itu . tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Postinor-2adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.Anatarakesan sampingannya adalah, keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Adalah amat disaranakan untuk anda berjumpa dengan doktor jika:
haid anda datang lewat melebihi 5 hari
mengalami sakit yang mendadak atau tidak rasa selesa pada bahagian perut dibawah
mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan anda
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih