
Sulit
5 tahun
Haid semula selepas tidak ambil pil perancang
Saya wanita 38 thn. Tarikh last period saya ialah pd 30 april. Kemudiannya pada 3 Meu sy mengambil pil perancang. Begitulah lazimnya setiap bulan dan saya tidak pernah mengalami masalah berkaitan haid selama ini.
Cuma 3 hari saya tidak memakan pil selama tiga hari. Bukan kerana lupa. Dan hari ini saya mula mengambil pil semula. Bagaimanapun saya period semula. Jadi, adakah saya perlu berhenti makan pil atau saya perlu memulakan rutin pengambilan pil semula. Untuk pengetahuan, saya memakan pil Yasmin.
Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda digalakkan untuk memulakan pek baru dan buangkan yang telah dipakai. Anda mengalami haid kerana berhenti makan selama tiga hari. Oleh itu, anda tiada perlindungan daripada kehamilan. Mulakan sahaja dengan pek baru dan gunakan kondom selama 7 hari.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.