
bintangcever
5 tahun
Haid sikit dan subur atau tidak
Sya sering sakit dibawah rahim sewaktu sya subur…sya sudah hampir 7tahun berkhwin tapi belum mempunyai anak dan haid sya hnya 2hari atau 3hari…adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, tempoh haid normal secara purata bagi wanita adalah antara 2-7 hari. Jadi, tempoh haid anda adalah dalam kategori normal. Mengenai masalah anda belum dikurniakan cahaya mata, pelbagai faktor boleh mempengaruhi perkara ini dan ia tidak semestinya berpunca daripada wanita sahaja. Faktor dari lelaki juga boleh menjadi penyebab.
Oleh itu, anda boleh merujuk perkara ini ke klinik sakit puan atau pakar rawata kesuburan bagi wanita dan lelaki bagi mengetahui puncanya dan mengatasinya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.