
syanamohd9
5 tahun
Haid singkat 3HARI SAHAJA
saya perempuam berumur 20 . sy mau nanya … sy sudah 8bulan kahwin tidak hamil lagi . sy dan suami pjj, blik tiap3 bulan , bru3 ini sy datang haid tapi hanya 3hari . first time sy datang haid cuma 3hari . apakah normal dok ? dok boleh kongsi tips untuk hamil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, tempoh haid yang normal adalah antara 2-7 hari. Jadi tempoh datang haid anda adalah dalam lingkungan normal.
Mengenai tips untuk hamil, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kehamilan. Selain faktor wanita, lelaki juga memainkan peranan seperti kualiti dan kuantiti sperma. Kekerapan hubungan seksual dilakukan juga adalah penting bagi meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Biasanya risiko kehamilan paling tinggi ketika wanita sedang ovulasi.
Sekiranya anda inginkan penerangan lanjut, sila rujuk kepada pihak kami untuk rundingan peribadi secara atas talian dengan klik pada link ini (DoctorOnCall).