
Sulit
3 tahun
Haid tak lawas dan berprnjangan
Saya naji . Berumur 30thn belum berkahwin. Saya mengalami masalah haid tak lawas pd bulan lepas bulan 10. Utk bulan 11 pun tetap jadi masalah sama. Minggu pertama n kedua darah hnya keluar setitik. Utk mnggu ke3 haid keluar bnyak smpai banyak kali kene tukat paid. Kenapa ye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Tekanan emosi atau stress
- Fibroid dalam rahim
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan