
Sulit
4 tahun
Haid tak menentu sejak tahun lepas
saya berumur 18 tahun , haid saya tak menentu sejak pertengahan tahun lepas , saya merupakan pelajar yang aktif dalam sukan dan susah dapat penyakit seperti demam . sejak tahun lepas , haid saya datang setiap kali 2 bulan contohnya haid datang bulan 2 , haid takdatang bulan 3&4 dan terus skip ke bulan 5 . ada jugak haid datang seperti biasa tetapi datang dengan kuantiti yang sikit . ketika hari yang ke10 baru datang banyak . sebelum kejadian ni berlaku saya normal sahaja setiap kali datang mesti sengugut tapi kalini tak . saya hairan kadang kadang dia okay kadang kadang tak . tahun ni saya kena bulan 1,3 dan 5 sahaja . apa patut saya buat ya selain jumpa doktor ? huhu harap dapat tolong saya . terimakasih

4 tahun
Salam sejahtera.
kami memahami kebimbangan anda berkenaan dengan masalah haid keluar dengan tidak menentu. Untuk pengetahuan anda, berjumpa dengan doktor untuk membincangkan maslah ini merupakan langkah terbaik bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabkan masalah ini berlaku. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
- Gangguan hormon
- Hamil
- Penyusuan badan
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
- Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
- Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
- Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.
Namun begitu, haid yang lewat masih boleh dikira normal. Anggaran kitaran haid yang normal ialah 21-35 hari. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar ginekologi (Gynaecologist) yang arif tentang masalah berkaitan sistem reproduktif wanita. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan pendapat panel pakar ginekologi kami melalui link ini (specialist booking) secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.