
jeffery3226
6 tahun
Haid tak teratur, Dan masalah sexsual rasa kurang berminat
Saya Shelly berusia 27 thn. Masalah kenapa haid tak teratur,tak datang bulan dalam jangka masa yg panjang. Kalau datang pun hanya keluar sedikit 1,2 hari sahaja. & masalah sexsual sy sangat kurang, rasa malas nak melayan suami… kurang bernafsu…plzzzz … tolong sy mengatasi masalah2 sy ini… tq

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah haid tidak teratur yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Terdapat banyak sebab kemungkinan terjadinya penurunan libido pada anda :
- stress (masalah kewangan, masalah hubungan dengan suami)
- penyakit tertentu yang menyebabkan penurunan libido (kecederaan pada organ reproduksi, penyakit kronis)
- ketidakstabilan hormon
- merokok dan mengkonsumsi alkohol dapat mengakibatkan penurunan libido
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!