Sulit
5 tahun
Haid tak teratur lepas tu skrg dah datang haid sampai hari ke 13 dah
Saya wanita dlm 20 an…saya mengalami sakit dibahagian rahim dan haid sy tak teratur…skrg saya dah datang haid tapi dh sampai ke hr 13 dah…dan dua tiga hari ni saya kencing kerap sampai kena tunggu ja dalam bilik air…darah masih keluar sikit2 dan apabila melakukan hubungan dgn suami…saya akan keluar darah lagi…dan sakit di rahim…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah kitaran haid.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk masalah haid berpanjangan, biasanya ia disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Penyakit keradangan di bahagian peha yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah sakit ketika kencing
- Kanser ovari atau rahim
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran
Masalah kencing kerap pula boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya seperti masalah prostat
- Pendarahan haid yang tidak habis
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik sekiranya masalah masalah anda ini masih berterusan. Hal ini kerana diagnosis yang tepat memerlukan pemeriksaan fizikal di klinik.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

































