
jamiah.sainawi91
5 tahun
Haid Tak Teratur Selepas Keguguran
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Doktor,
Pada bulan januari 2019 saya telah keguguran & prosedur d&c pun dilakukan. Sejak dari itu, kitaran haid saya jadi tidak teratur sehingga mencecah 2 bulan sekali. Adakah ini normal atau saya harus berjumpa pakar untuk rujuk kes saya ini? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid tidak teratur. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.