
Anonymous
6 tahun
Haid tak teratur sesudah berkawin
saya wanita berumur 24 tahun …sudah berkahwin …haid saya tak teratur sesudah saya berkahwin …kadang2 2 bulan sekali akan datang …dah tarikh 3 april saya mendapati saya ada tanda darah yang kluar …ingtkan haid …tunggu semalam tak ada juga turun macam biasa …sampai lah hari ini …tolong saya selesai kan masalah ini doktor …

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Darah yang keluar sedikit berkemungkinan besar merupakan haid yang normal, Ketulan berwarna merah gelap adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih