
Sulit
3 tahun
Haid tak teratur yang memakan masa bertahun tahun
Saya wanita brumur20. Sejak 3 thun ini haid saya tidak tratur dan sangat susah nk datang. Kalau datang pon 2/3 kali dalam setahun. Selepas itu, sjk tahun ini, ia kerap datang ttp dlm kuantiti yang sangat sedikit serta berlanjutan smpaikan trpaksa manji wajib hari hari untuk solat. Adakah ini boleh menyebabkan saya mengalamai penyakit wanita? Jika saya makan ubat utk datang haid ia akan datang seperti biasa. Jika stop ai akn mnjdi seperti dlu . Saya hanya berubat kg dimana akan slalu berurut utk dtg haid n alhamdulillah ia berkesan. Tetapi sy juga ingin tahu kesan kepada kesihatan diri saya jika ia berterusan begini .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda risau tentang haid yang tidak teratur dan anda kerap kali mengalaminya sejak 3 tahun yang lalu. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan kebanyakan waktu, faktor ini dapat diatasi. Antara punca-punca lazim mengapa seseorang mengalami haid tidak teratur adalah:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tidak terdapat sebarang kajian dilakukan apakah kesan jangka panjang urutan tradisional terhadap kitaran haid. Tetapi sekiranya ia mendatangkan ketidakselesaan kepada anda, sila berhenti dan dapatkan rawatan doktor.
Anda juga digalakkan untuk menghubungi doktor kami di atas talian untuk berbincang mengenai masalah yang dialami oleh anda dan supaya pihak kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.