
Anonymous
6 tahun
Haid tidak datang 6 bulan tapi tidak hamil.saya dah 6 tahun kahwin tetapi belum dapat anak
saya isteri berumur 34 tahun.bekwrja sebagai seorang guru pendidikan awal kanak-kanak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan kenyataan anda, anda menghadapi masalah tidak datang haid dan bukan disebabkan hamil. Terdapat pelbagai punca masalah ini. Selain mengandung, menyusukan anak atau menopos, ia boleh berlaku disebabkan:
- Pengambilan pil kontraseptif
- Penggunaan alat perancang kehamilan dalam rahim
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu
- Berat badan terlalu rendah atau mengalami masalah aneroxia atau bulimia
- Tekanan emosi
- Terlibat dengan aktiviti fizikal yang berat atau terlalu sibuk
- Polycystic ovarian syndrome
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah struktur ovari, uterus atau cerviks seperti lubang cerviks yang sempit
Anda juga masih belum mempunyai anak. Jika anda juga mengalami masalah kesukaran untuk hamil, anda perlu merujuk kedua-dua masalah ini dengan lebih lanjut sebaiknya kepada pakar sakit puan. Maklumat lanjut, pemeriksaan dan ujian mungkin diperlukan untuk mengesan punca masalah yang anda hadapi ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma bagi penerangan lanjut. Terima kasih.