
Sulit
3 tahun
Haid tidak datang hingga sekarang walaupun saya berumur 17 thun.akan tetapi haid pernah datang pada umur 15 thun .kemudian tidak datang sehingga kini
Saya berumur 17 thun.saya datang haid pada umur 15 thun sebanyak 2 kali.selepas itu tidak datang haid hingga sekarang.ibu bapa sangat bimbang dengan keadaan saya.jadi apakah punca dan cara merawat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan atau kesan sampingan ubat-ubatan
Anda masih risau tentang haid yang tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.