
azliahaliasmat
5 tahun
Haid tidak menentu dan sakit pinggang
Saya berumur 36tahun, suda berkahwin dan mempunyai 3 org anak (8,9,15 tahun). Masalah yang saya hadapi sekarang, haid tidak menentu sejak 2bulan ini.bulan pertama haid 8 hr awal dr sepatutnya…bulan kedua 9 hari awal…darah haid pula keluar sedikit2 secara on off…pinggang sebelah kanan pula terasa sakit(sakit yg tak kuat sangat)…keadaan ini meyebabkan saya risau dan stress

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid tidak menentu boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.