Sulit

3 tahun

Haid tidak sayang lebih 2 minggu tetapi ada rasa sakit perut seperti hendak haid

selamat pagi hai doctor. umur saya 19 tahun berat 43kg. kitaran haid saya seperti biasa 7 hari. saya ada masalah haid sejak bulan 7 yang lalu dimana haid saya lambat 1-2minggu. pada bulan 8 pula haid saya telah datang awal seminggu dan pada hari ke 9 ada keluar sedikit darah bersama keputihan. adakah itu normal atau balance haid yang tertinggal ? pada bulan 9 pula sepatutnya haid saya pada 26/9 tetapi sehingga hari ni haid saya tidak datang. perlukah saya pergi berjumpa doctor

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Untuk makluman anda, gejala haid yang tidak teratur yang anda alami sejak kebelakangan ini bukanlah satu perkara yang serius dan perlu dibimbangkan terhadap kesihatan umum anda. Gejala haid yang tidak teratur ini merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh sesetengah golongan wanita yang sihat, sekurang-kurang nya sekali dalam seumur hidup mereka.

Haid tidak teratur ini selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita yang dirembeskan pada waktu sepanjang kitaran haid anda. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor am seperti:

  • Senaman berlebihan
  • Gangguan stress
  • Berat badan terlalu berat atau ringan
  • Pemakanan yang tidak sihat dan kurang khasiat yang penting.
  • Masalah tiroid
  • Kurang rehat atau tidur.
  • Penggunaan pil atau suntikan perancang

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Mengenai situasi anda, keputihan ketika kedatangan haid yang sikit boleh merupakan satu perkara yang normal kerana keputihan ini adalah cecair yang dirembeskan pada dinding rahim wanita, atas pengaruh hormon Estrogen. Keputihan tersebut merupakan selaput yang digunakan sebagai pelancaran sistem implantasi dan juga sebagai perlindungan rahim. Oleh itu, sekiranya keputihan tersebut adalah tidak berbau, tidak melekit, dan berwarna jernih, bermaksud ia merupakan keputihan fisiologik. Sebaliknya, ia merupakan keputihan patologik yang boleh disebabkan keradangan organ reproduktif wanita, ataupun jangkitan kuman dan virus.

Oleh itu, kami sarankan anda untuk tidak khuatir dan mengamalkan gaya hidup yang sihat sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah haid tidak teratur atau haid lewat yang anda tengah hadapi. Jika gejala ini tidak sembuh ataupun semakin berlarutan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sakit puan bagi mengenalpasti punca masalah dengan lebih lanjut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

irregular-periods

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)