
Anonymous
5 tahun
Haid tidak stabil disebabkan pil perancnag
Saya telupa makan pil perancang 3 hari…tiba2 hari ke3 yg telupa makan tu haid datang…padahal minggu sebelumnya dah datang haid… so nk teruskan makan pil macam biasa ikut turutan sebelumnya atau mula kembali

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Pil perancang kehamilan biasanya diambil 7 hari selepas hari pertama haid. Anda mungkin akan mengalami pendarahan secara minima semasa mengambil pil perancang. Menurut situasi anda, anda disarankan untuk sambung mengambil pill perancang tersebut. Jika terlupa pil untuk satu hari, sila ambil pil tersebut secepat mungkin (jika kurang dari 12 jam) atau bersama dengan pill hari ini (jika lebih dari 12 jam). Anda juga disarankan untuk menggunakan kaedah perancang lain seperti kondom untuk 1 minggu.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih