
Sulit
3 tahun
Haid tidak teratur dan air pelincir tidak keluar apa bila terangsang
Assalamualaikum Hi Doktor.
Saya remaja 19 thun, saya nk tnya
Saya sdh 2 bln tidak haid and bulan ni baru haid itu pun darah saya tdk banyk yg keluar hanya 2 ketulan dan hari berikutnya keputihan saya kerluar disertakn darah. Lagi yg membuatkan saya bimbang saya juga merasa nyeri dan sakit di peranakan saya. Selain itu air pelincir saya juga tidk keluar apabila saya terangsang… Ada kah masalah yg saya hadapi ini seriouss??. Saya harap doktor dpt jwab persoalan saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selain kehamilan masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Mengenai tentang masalah tidak keluar pelicir apabila terangsang… perkara ini juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti perasaan takut dan lain-lain.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan