
Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur dan berpanjangan
Saya wanita yang sudah berkahwin. Saya mengalami haid yang tidak teratur sejak sekolah lagi. Namun haid saya tidak la seteruk sekarang. Selepas kahwin saya pernah tidak datang haid selama 3 minggu lebih. Namun pemeriksaan kehamilan negatif dan saya disahkan mengalami cyst sebesar 1.5cm di sebelah rahim kiri. Selepas berjumpa doktor, selang beberapa hari saya mengalami period yang banyak selama hampir sebulan dan darah yang keluar berketul. Sehari saya akan tukar tuala wanita 4-5 kali kerana haid yang banyak. Ia berlarutan selama seminggu lebih dan selebihnya hanya keluar darah yg regular, namun berpanjangan selama sebulan. Saya ada ke klinik dan doktor memberi ubat henti darah dan ubat tambah darah. Selepas kejadian itu, period saya datang 2 kali sebulan. Sekali datang berlanjutan sehingga seminggu dan tidak la dalam kuantiti yang banyak. Dan bersih haid sekitar 3-4 hari, saya datang haid semula. Begitu lah hingga kini. Terbaru saya pergi ke klinik utk pemeriksaan cyst. Doktor maklum bahawa cyst saya sudah tiada. Tapi kadangkala saya merasa pedih dan nyilu dia bahagian kiri perut. Selepas doktor sahkan cyst tiada pun saya masih rasa sakit disebelah kiri rahim dan haid masih juga tidak teratur walaupun cyst sudah tiada. Saya juga tidak mengalami keputihan langsung. Berkaitan dengan haid. Sekarang masih ada darah yang sedikit dan haid kalini dah masuk 30 hari. Tapi haid kalini tidak keluar darah yang terlampau banyak. Hanya regular dan sekali sekala ketulan kecil darah ada keluar. Boleh kah saya makan semula ubat tahan darah yg masih ada lg dirumah utk hentikan darah haid saya? Usia perkahwinan dah setahun namun belum rezeki hamil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Perdarahan di luar kitaran haid dapat dikatakan tidak normal. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor kerana dikhuatiri penyebab perdarahan berterusan adalah seperti diatas. Ubat tambah darah dan ubat tahan darah adalah bersifat simptomatik yang mana bermaksud ia tidak menangani atau mengubatai daripada akar penyebab masalah. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.