Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur dan berwarna coklat
Saya seorang wanita berkahwin berumur 34 tahun. Mempunyai masalah haid sejak dari bukang. Masalah haid saya semakin teruk iaitu sejak dari taun lepas saya sudah tidak mengalami haid, cuma keluar darah berwarna coklat. Sejak ke elakangan ini, masalah itu semakin rumit dimana su tiap bulan akan keluar darah berwarna xoklat dlm tempoh agak lama. Dan kadang² sahaja keluar darah bewarna merah. Kenapa bolehkah saya tau apa masalagg yg sy hadapi ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keluar cecair coklat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Pendarahan berwarna coklat semasa datang haid menunjukkan juga bahawa aliran haid anda perlahan. Oleh itu, warnanya lebih gelap seperti coklat atau merah gelap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



























