
Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur dan datang dua kali sebulan
Sy wanita berumur 26 tahun… Saya nak tanya doktor berkaitan masalah haid saya… Bulan januari haritu sy datang haid 13-18hb… Bulan februari sy tak datang haid langsung… Lpas tu bulan mac sy datang haid 2 kali iaitu 3-7hb dan 16hb sehingga skrg… Adakah ia normal doktor.? Boleh saya tahu apa masalah saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Terima kasih.