
Sulit
3 tahun
Haid tidak teratur dan ikhtiar hamil
saya wanita berumur 21 tahun dn sudah berkahwin . period saya sangat tk teratur . 4/5 bulan sekali . saya telah jumpa hari subur saya hari ini melalui opk test . adakah kebarangkalian untuk saya hamil tinggi ? tahun ini last period saya bulan 1 . saya mngndung buln 4 tapi gugur bulan 5 . bleeding dn saya kira itu sebagai period saya . apa pendapat doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami iaitu haid tidak teratur dan ingin hamil. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan masalah haid tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Untuk masalah haid yang tidak teratur, adalah susah untuk mengetahui tempoh subur seseorang wanita. Oleh itu, pemeriksaan lanjut dan mendapatkan nasihat doktor adalah jalan yang terbaik pada masa ini. Memandangkan anda menemui waktu subur menggunakan opk, disarankan untuk terus mencuba pada hari yang sama sehingga 2 hari seterusnya.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi