Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur dan kadang2 tidak ada period selama setahun
Sy berumur 36 thn dan sejak umor 25thn period sy sgt2 tidak teratur…dlm setahun cuma period 2 tau 3kali saja dan tidak byk hari…skali period cuma 3-4hari saja.apakah punca nya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami di medium ini.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak teratur yang sedang dialami ketika ini. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat pelbagai punca masalah haid tidak teratur, antaranya adalah:
- Masalah hormon yang tidak stabil disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti masalah berat badan, emosi/tekanan, terlalu banyak bersenam atau masalah pemakanan.
- Kesan sampingan ubat perancang kehamilan
Sesetengah punca haid tidak teratur adalah lebih serius , seperti:
- Masalah hormon tiroid
- Masalah keradangan pelvis
- Sindrom Polysistik Ovari
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut bagi menjawab kekeliruan serta kerisauan anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.



























