
Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur dan keputihan yang banyak
Saya gadis berumur dalam lingkungan 18 ke 20 tahun. Saya mengalami haid yg x teratur dan untuk kali ini daj hampir 4 bulan saya x datang haid. Keputihan yg saya alami still ada ja kadang byk kadang sedikit. Adakah saya bermasalah? Keputihan tu kadang warna putih…warna kuning …dan kadang air

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Manakala masalah keputihan yang seperti anda nyatakan boleh disebabkan masalah kesihatan:
- keputihan fisiologi
- jangkitan kulat
- jangkitan gonorrhea
- jangkitan chlamydia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.