
Anonymous
6 tahun
Haid tidak teratur dan kini haid selama sebulan lebih
Saya mengalami kitaran haid tidak teratur. Baru-baru ini saya baru sahaja habis haid pada 31/3/19 dimana Haid saya 30 hari. Sepanjang 30 hari turun darah haid, ada darah ketul, dan darah berwarna hitam-hitam. Dalam jangka masa 30 hari haid, hanya satu hari sahaja saya bersih tanpa ada setitik darah di tuala wanita. Jadi setelah 3 hari suci dari haid, harini 2/4/19 saya dapati ada darah yang mengalir beserta ketulan kecil dan darah segar bewarna merah. Saya pernah ke klinik untuk rawatan namun doktor minta saya tunggu lagi dua bulan. Jika haid masih tidak teratur, baru datang ke klinik semula. Apakah pendapat doktor? Adakah simptom yang saya alami ada tanda-tanda penyakit ketidaksuburan? Dan adakah ujian papsmear boleh mengesan penyakit endo,pcos mahupun penyakit lain selain kanser? Untuk makluman doktor, saya ada cyst ukuran 1 cm di kiri dan kanan rahim saya. Harap jawapan dari doktor dapat membantu saya. Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami haidyang banyak, panjang serta tidak teratur. Keadaan haid banyak atau berlebihan dikenali sebagai menorrhagia. Terdapat beberapa penyebab masalah ini, antaranya:
- Masalah hormon tidak stabil akibat keletihan, jadual yang padat atau bergiat terlalu aktif dalam sukan dan stress
- Masalah berat badan juga boleh mengganggu keseimbangan hormon
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah struktur ovari, rahim atau cerviks seperti polycystic ovari
Daripada keterangan yang anda berikan, terdapat kemungkinan masalah ini berkait dengan cyst tersebut. Namun kemungkinan punca lain perlu juga dipastikan. Untuk makluman anda, ujian pap smear biasanya dilakukan bagi mengesan masalah pada serviks, ujian lain perlu dilakukan bagi menegsan masalah lain dalam rahim.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.