Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur dan melebihi 15 hari
saya wanita yang berumur 24 tahun dan baru berkahwin pada hujung bulan 9 . saya tidak period pada bulan 10 , dan pada bulan 11 period saya datang tapi sangat sedikit seakan2 darah diakhir period . sy mulai risau dan pergi berjumpa dgn doct . sy buat scan tapi doctor hanya cakap hormon saya tak stabil dan mungkin disebabkan tekanan . tapi yang lebih merisau kan saya , 3/12 dan sampai sekarang period saya masih tidak berhenti dan kuantiti yang banyak serta kadang kala berketul. Adakah normal? apa yang patut saya lakukan? mohon pencerahan.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























