
Anonymous
5 tahun
Haid Tidak Teratur Dan Sedikit
Hi doc…saya berumur 32y. Haid saya selalu tidak teratur. Cth : saya period pd bulan ni selama 3 hr sahaja. Dan period memang sedikit. Dimana penukaran pad hanya 1 keping sehari. Pada waktu malam lansung tidak ada keluar darah. Selepas beberapa hari tidak datang haid, tb2 keluar darah haid fresh blood…Tetapi selepas itu, tiada lagi darah yang keluar…
Lebih kurang seminggu, keluar lg haid yang byk & berketul sehingga saya perlu menukar pad 6 kali sehari dan ia nya berlansung selma 3 hari…
Boleh saya tahu kenapa jadi begitu?
Adakah krn faktor usia?
Before masuk umur 30, saya tak pernah mengalami kejadian seperti ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kedatangan haid yang lambat berlaku akibat pelbagai sebab selain daripada kehamilan.
- Tekanan hidup.Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.