natasyanadiaa
3 tahun
Haid tidak teratur dan sudah 4 hari belum datang haid. Keliru kerana mempunyai tanda-tanda seakan hamil. Upt negatif
Saya berumur 25 tahun dan telah berkahwin hampir 2 tahun namun masih belum mempunyai anak. Saya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur tapi tidak pernah lebih dari 36 hari. Itu tempoh yang paling lama saya pernah mengalami haid. 26/4 hari terakhir saya haid dan sampai sekarang belum haid. Sejak seminggu sebelum raya, saya ada rasa kram perut, sakit kepala, sakit payudara, berdebar-debar dan jerawat naik di muka. Selalunya, sebelum haid, saya akan sakit pinggang dan belakang tapi tidak kali ini. Saya ada menggunakan upt pada 1/6 tapi negatif. Apa patut saya buat? Adakah perlu tunggu lama lagi dan cuba guna upt semula? atau Adakah saya ada masalah dalaman yang lain ? Boleh doktor terangkan dan bagi pandangan ? Saya risau dengan kesihatan saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebelum rawatan boleh diberi, punca masalah anda haruslah diketahui. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. SImptom yang lain termasuk bulu yang tebal atau lebat tumbuh di muka dan badan serta masalah kencing manis.
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.