
Sulit
3 tahun
Haid tidak teratur dan sudah dua kali kitaran haid 43 dan 46 hari
Saya melakukan hubungan intim bulan lepas tetapi membuang sperma di luar dan saya sudah period seperti biasa 7hari tetapi kitaran haid saya 46 hari .check upt negative sebelum itu. Saya sudah period adakah bole hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, apabila terjadi persenyawaan antara ovum dan juga sperm, hormon wanita iaitu progesterone dan juga estrogene akan meningkat yang akan menyebabkan dinding rahim menjadi semakin menebal untuk perlekatan janin. Selama hormon ini terus meningkat, wanita hamil tidak akan datang haid.
Selama tempoh kehamilan, anda tidak akan datang haid. Haid anda tidak akan datang bermula jika anda ada kandungan di dalam perut. Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa anda telah datang haid seperti biasa, itu bermakna bahawa anda tdak hamil. Namun, anda masih boleh hamil pada masa akan datang.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan